Penglipurlena

Kongsikan Cerita Ini

Singa Yang Tamak

Suatu ketika dahulu, di dalam sebuah hutan terdapat seekor singa yang sangat kelaparan.

Tiba-tiba ketika singa berjalan mencari mangsanya, singa ternampak seekor arnab yang sedang tidur dengan nyenyak.

“Akhirnya, ada juga hidangan lazat untukku,” bisik singa tersebut.

Ketika sedang menghampiri arnab, singa ternampak seekor anak rusa yang sedang menuju ke tasik.

“Ini hidangan yang lebih menyelerakan,” getus singa.

Dengan pantas, singa terus mengejar anak rusa tersebut, rupa-rupanya anak rusa lebih laju menyelamatkan dirinya dan terus masuk ke dalam hutan.

Singa kecewa kerana tidak dapat mengejar anak rusa, lalu berpatah semula ke tempat arnab tersebut.

Apabila singa sampai, arnab tersebut sudah tiada.

“Alangkah ruginya aku.” kata singa yang kelaparan itu. Lalu singa tertidur dengan perut yang lapar.

Pengajaran

Jangan menjadi tamak, atau kelak kamu akan kehilangan segalanya.

Cerita Waktu Tidur