Skip to main content

Penglipurlena

Si Jambul Yang Suka Menunjuk-nunjuk

Si Jambul Yang Suka Menunjuk-nunjuk

Di sebuah pekan berhampiran dengan hutan, tinggal sekumpulan ayam. Berjenis-jenis ayam terdapat di sana. Ada ayam hutan dan ada ayam kampung.

Waktu siang ia berkumpul mencari makan. Banyak ayam jantan berkokok. Ayam yang paling nyaring dan merdu berkokok akan dilantik menjadi raja.

“Kok .. ko … kooo!” Terdengar suara nyaring dan merdu Jambul. Semua ayam memuja-muji suara Jambul.

SPONSORED RECOMMENDATION

“Mulai hari ini kau dilantik menjadi raja kami,” kata seekor ayam betina. Semua ayam lain bersetuju. Sejak hari itu, makanan Jambul akan disediakan oleh ayam lain.

Setiap kali dipuji dia akan berkokok dengan sekuat tenaga. Oleh kerana kerap dipuji dan kerap pula dia berkokok, lama-kelamaan suaranya hilang.

Dia malu dan memencilkan diri di dalam hutan.

SPONSORED RECOMMENDATION
Si Jambul Yang Suka Menunjuk-nunjuk - Halaman 4

Pada suatu hari, dia berjumpa dengan seekor angsa, sahabat lamanya. “Tolonglah angsa. Kembalikanlah suara aku seperti sedia kala,” kata Si Jambul.

“Itulah kau. Akibat suka menunjuk-nunjuk, terimalah padahnya,” jawab Angsa. Jambul marah kepada angsa. Dia tidak menyangka Angsa akan menjawab begitu. “Kau juga malas. Makanan kau orang carikan,” kata Angsa lagi.

Jambul bertambah marah. Dek kerana terhina akan perlian angsa, dia menjerit-jerit kemarahan. Dia terus berkokok kuat!

SPONSORED RECOMMENDATION

Alangkah terkejutnya Si Jambul mendengar bunyi kokokannya sendiri. Sukanya hati Jambul kerana mendapat suaranya kembali.

”Terima kasih angsa kerana kembalikan suara aku. Aku berjanji tidak akan menunjuk-nunjukkan suara aku selalu. Aku juga akan mencari makanan aku sendiri,” kata Jambul.

Jambul terus menjadi raja tetapi kali ini dia tidak lagi menunjuk-nunjuk. Dia jarang berkokok kerana takut suaranya hilang. Dia juga mencari makanannya sendiri. Dia tidak lagi malas macam dahulu.

Pengajaran

Kita perlu ada rasa rendah diri dan menghormati antara satu sama lain. Janganlah bersikap bongkak, suka menunjuk-nunjuk kelebihan diri, atau bersikap malas dengan bergantung sepenuhnya kepada bantuan orang lain.

πŸ’‘ Tahukah Anda?

  • Kokokan ayam jantan bukan sahaja digunakan untuk menunjukkan kehebatan, tetapi merupakan cara semula jadi ayam menandakan kawasan wilayah (*territory*) dan berkomunikasi dengan kawanannya.
  • Ayam jantan mempunyai jam biologi internal (*circadian rhythm*) yang menyebabkan mereka berkokok terutamanya pada waktu subuh apabila mengesan perubahan cahaya pagi.

πŸ“š Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Cerita teladan “Si Jambul Yang Suka Menunjuk-nunjuk” merupakan fabel moral tradisional yang direka khas untuk mendidik anak-anak tentang akibat buruk daripada sifat riyak, suka menunjuk-nunjuk, serta sifat malas yang akhirnya merugikan diri sendiri.
1. Mengapakah suara Si Jambul boleh hilang dan apa yang terjadi apabila dia bersikap sombong?
2. Apakah ikhtiar dan perubahan sikap yang dilakukan oleh Si Jambul selepas dia ditegur oleh Angsa?
Ajak anak-anak melakonkan watak Si Jambul dan Angsa dengan membunyikan kokokan ayam secara bersederhana, sambil membincangkan kebaikan sikap rajin berusaha dan tidak sombong sesama rakan.