Membaca cerita sebelum tidur kepada anak-anak adalah satu aktiviti yang perlu diterapkan oleh ibubapa kerana ia boleh membantu anak-anak membina minat terhadap buku dan membaca. Dengan membaca cerita-cerita teladan, akal fikiran anak-anak dapat mengembang dan membantu pembangunan kognitif, emosi, dan sosial mereka.
Sebagai ibubapa, membaca untuk anak dapat memberikan pelbagai kesan positif seperti berikut:-
Salah satu kebaikan utama membaca cerita sebelum tidur adalah membantu anak-anak membangunkan kemahiran bahasa mereka. Apabila kita selalu membacakan kisah tauladan, anak-anak terdedah pada kosakata baru, struktur ayat, dan belajar untuk bercerita dengan menggunakan bahasa yang baik.
Membaca cerita sebelum tidur juga membantu anak-anak meluaskan imaginasi dan kreativiti mereka. Melalui cerita yang pelbagai, anak-anak akan diperkenalkan kepada watak-watak baru, yang boleh membantu mereka berimaginasi dan menjadi lebih kreatif. Kebanyakan cerita tauladan mempunyai jalan cerita yang mempunyai sebab dan kesan (cause and effect). Struktur cerita yang memberi pengajaran ini boleh melatih anak untuk berfikir diluar kotak dengan kritis dan menambah pengalaman mereka melalui penceritaan
Cerita kanak-kanak direka dengan penuh cermat oleh penulis supaya cerita yang disampaikan boleh mengajar anak-anak untuk mengenalpasti emosi dan secara tidak langsung mengajar mereka untuk mengawal emosi dengan cara yang betul. Tambahan pula, ia boleh membantu mereka melahirkan rasa empati dan belas kasihan untuk orang lain.
Jika kita selalu membacakan cerita untuk anak, kita akan dapat menikmati momen yang penuh bermakna dengan anak. Kita adalah orang yang terakhir sebelum harinya berakhir dan suara kita akan bermain-main di minda ketika sedang dibuai mimpi. Hubungan antara ibu atau bapa dengan anak akan terbina dengan teras yang kukuh, lebih akrab dan boleh membantu hubungan jangkamasa panjang dengan anak. Paling penting, setelah seharian sibuk bekerja, kita dapat meluangkan masa secara terus, dari hati ke hati dengan anak yang tersayang
Kesimpulannya, membaca cerita sebelum tidur kepada anak-anak adalah cara yang mudah dan sangat efektif untuk membina teras pembangunan kognitif, emosi, dan sosial mereka. Ayuh, sebagai ibubapa, kita mencipta memori indah bersama anak yang tersayang, dengan cerita yang penuh hiburan serta pengajaran disamping meneruskan karya kreatif nenek moyang kita terdahulu.
Lihat koleksi cerita kanak-kanak yang sesuai untuk dibaca sebelum waktu tidur. Cerita pendek yang ditulis mempunyai mesej dan teladan untuk perkembangan minda anak anda. Bacalah untuk anak anda malam ini!