Suatu ketika dahulu, tinggal seorang lelaki miskin dan hodoh bernama Si Luncai di hujung kampung dalam negerinya. Dia sangat menyanjung raja di negeri itu dan memasang impian untuk menatap sendiri wajah rajanya.
Alkisahnya suatu hari, dia berjaya masuk ke istana untuk menghadap raja. Malangnya, ketika menghadap raja, Si Luncai tersasul mengatakan kepada raja bahawa wajahnya mempunyai rupa seakan-akan arwah bapanya.
Raja yang zalim itu terasa dipersendakan. Tidak mungkin seorang raja mempunyai wajah yang sama dengan rakyat biasa, apatah lagi dengan muka seorang yang miskin dan hodoh seperti Si Luncai. Dia rasa amat terhina.
Tanpa berfikir panjang, raja terus menjatuhkan hukuman mati kepada Si Luncai tanpa sebarang usul periksa. Raja mengarahkan supaya Si Luncai ditenggelamkan di tengah laut. Si Luncai dimasukkan ke dalam sebuah guni dan dibawa ke dalam sebuah perahu.
Pesuruh-pesuruh raja membawa dua buah sampan untuk ke tengah laut. Mereka bersungguh-sungguh mendayung sampan untuk mencampak Si Luncai di tengah-tengah laut sementara Si Luncai berada di dalam guni di belakang perahu.
Si Luncai runsing mencari cara untuk menyelamatkan nyawanya. Dari dalam guni itu, dia dapat melihat ada beberapa biji labu air. Lalu, Si Luncai mendapat buah fikiran untuk melepaskan diri.
Setelah lama para pesuruh raja berkayuh, maka Si Luncai berkata:
“Kasihan benar aku melihat kalian semua teruk mendayung. Mahukah kamu semua jika aku ajarkan sebuah lagu untuk menghilangkan penatmu?”.
“Kau diamlah! Sebentar lagi kau akan dicampakkan ke dalam laut ini.”, jawab salah seorang pesuruh raja.
Tanpa mengendahkan jawapan pesuruh raja itu, maka Si Luncai pun mula lah menyanyi.
♫♫ “Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!” ♫♫
Mendengar Si Luncai menyanyi berulang-ulang, pesuruh raja semakin tertarik dengan melodi lagu yang dinyanyikan lalu mereka mula menyanyi bersama.
♫♫ “Si Luncai terjun dengan labu-labunya.” ♫♫
♫♫ “Biarkan! Biarkan!” ♫♫
Bersahut-sahutan antara dua buah perahu itu menyanyi lagu ciptaan Si Luncai sambil mereka mendayung sampan.

Demikian lagu itu dinyanyikan berulang-ulang sehingga semuanya leka.
Perlahan-lahan Si Luncai keluar dari guninya dan dia isikan beberapa biji labu air ke dalam guni itu semula. Tanpa melengahkan masa, dia terus mengambil dua biji labu air yang lain lalu terjun dari perahu itu ke dalam laut untuk melarikan diri.
Perbuatan Si Luncai terjun dengan labu air itu dilihat oleh pendayung-pendayung di sampan belakang lalu mereka berteriak kepada kumpulan sampan di depan:
“Si Luncai terjun dengan labu-labunya!”
Namun, jeritan mereka disambut oleh pendayung sampan di hadapan.
“Biarkan! Biarkan!” Mereka beranggapan teriakan itu adalah sebahagian dari lirik lagu yang mereka sedang nyanyi bersama.
Kumpulan sampan di belakang juga menganggap untuk membiarkan Si Luncai melepaskan diri setelah mendapat jawapan dari mereka.
Si Luncai berenang ke tepian menggunakan labu air yang dua biji itu sebagai pelampung.
Apabila sampai ke tengah laut, kumpulan pendayung di hadapan baru menyedari bahawa Si Luncai telah berjaya melepaskan diri. Maka kembali ke darat dan mencari Si Luncai.
1. Kita mestilah menjaga tutur kata. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
2. Si Luncai mempunyai kekurangan dari segi rupa dan harta namun dia dikurniakan akal yang bijak. Jadi, sebagai manusia **jangan sesekali merendahkan kebolehan diri sendiri**. Jadilah berani dan bijak.