Bangau Menipu Ikan
Di tepi sebuah hutan terdapat sebuah kolam. Airnya sudah hampir kering. Semua ikan berasa susah hati.
Pada suatu hari, datang seekor burung bangau. Bangau berpura-pura ingin membantu ikan.
โAku tahu di mana kolam yang bersih dan dipenuhi air. Aku boleh bantu kalian berpindah ke kolam tersebut,โ kata bangau kepada ikan.
Semua ikan bersetuju dan sangat gembira dengan pertolongan bangau. Bangau menolong ikan berpindah dari situ. Seekor demi seekor ikan di bawanya pergi. Tetapi semua ikan tersebut dimakannya.
Kemudian, tibalah giliran ketam untuk berpindah. Ketam itu dibawa pergi oleh bangau. Terkejutlah ketam apabila melihat banyak tulang ikan. Ketika itu ketam tahu bangau telah menipu.
Lantas, ketam terus menyepit leher bangau dengan kuat. Darah mengalir keluar dari leher bangau dengan banyak sehinggalah bangau mati di situ.
Jangan sesekali berbuat jahat, perbuatan jahat akan dibalas satu hari nanti.
Pengajaran
Jangan sesekali berbuat jahat dan menipu, kerana setiap kejahatan dan penipuan pasti akan dibalas dengan balasan yang setimpal.
๐ก Tahukah Anda?
- Bangau mempunyai leher berbentuk huruf โSโ yang berotot kuat untuk membolehkannya mematuk ikan dengan kelajuan kilat di dalam air.
- Ketam bernafas menggunakan insang dan boleh hidup di darat asalkan insang mereka kekal lembap.
๐ Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
2. Bagaimanakah sang ketam menyedari niat jahat sang bangau?