Penglipurlena

anjing dan bayangnya. Dog and its shadow.
Kongsikan Cerita Ini

Anjing dan Bayangnya.

Pada suatu hari, anjing berasa sangat bertuah kerana mendapat seketul tulang yang besar dari pasar. Anjing menggonggong tulang tersebut sambil berlari ke tempat yang selamat untuk memakannya.

Anjing pun sampai di sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tiba-tiba anjing berhenti lalu melihat ke dalam air sungai. Ia ternampak seekor anjing yang memandang kepadanya dan menggonggong tulang juga!

Anjing terfikir di dalam hatinya, “Tulang kepunyaan anjing itu lagi besar dari tulang aku, lebih baik aku merampas tulangnya supaya aku dapat dua tulang.”

Ketika anjing membuka mulut untuk menarik tulang tersebut, tulang di dalam mulutnya terjatuh ke dalam anak sungai. Tulang itu terus tenggelam di bawa arus sungai.

Ketika itu, barulah anjing tersedar bawa yang ia nampak adalahnya bayang nya sendiri. Anjing berlalu pergi dengan penuh rasa penyesalan.

Pengajaran

Sesiapa yang tamak selalunya akan rugi.