Penglipurlena

Mengapa Nasi
Menangis?

Pada zaman dahulu, ada seorang perempuan tua yang tinggal bersama cucu perempuannya.

Perempuan tua itu kerja menjual kuih. Pada suatu hari, sedang dia menjaja kuih, dia terdengar suara tangisan halus. Puas dicarinya punca tangisan itu.

Akhirnya dia tiba di belakang sebuah rumah. Dilihatnya banyak nasi bertaburan di tanah. Rupa-rupanya bunyi tangisan itu datang dari nasi yang menangis.

Maka perempuan tua dan cucunya pun memungut nasi itu satu per satu lalu dikarangnya menjadi bunga.

Alangkah terkejutnya mereka kerana bunga karangan mereka bau harum semerbak. Apabila dibawa ke pekan, ramai yang membelinya.

Keesokan harinya, dia terdengar lagi tangisan halus yang sama. Terus dia dan cucunya mencari dan terjumpa lagi nasi bertaburan di tanah. Nasi tersebut dikutip dan dibawa pulang.

Sekali lagi mereka mengarangnya menjadi bunga untuk dijual. Hasil menjual bunga dari mengarang nasi yang berterabur membuat hidup mereja menjadi senang.

Perempuan tua hendak menyembahkan bunga yang harum semerbak itu kepada raja. Dia pun ke istana dengan membawa bunga yang telah dikarang dan nasi masih belum dikarang. Namun, apabila tiba di pintu istana, dia diperiksa oleh pengawal.

Apabila didapati oleh pengawal perempuan tua itu membawa nasi yang sudah basi, pengawal melemparkan barang yang dibawa oleh perempuan tua itu ke tanah.

Bertaburan lah nasi dan bunga di tanah. Perempuan itu mengutip barangnya lalu dihalau dari istana.

Pada waktu yang sama, tuan puteri sedang bermain di taman berdekatan. Dia terhidukan bauan yang amat harum. Puas dicari puncanya, tidak juga ditemukan. Dek kerana rindukan bau yang harum itu, dia jatuh sakit.

Raja sudah bimbang. Baginda memasang janji untuk mencari bau yang wangi itu sehingga jumpa. Satu-satu daerah di negerinya dicari bau yang tuan puteri maksudkan.

Baginda berkelana sehingga tiba di rumah perempuan tua itu. Terkejut baginda melihat seorang anak perempuan muda mengarang butir-butir nasi menjadi bunga yang begitu wangi. Kini baginda sudah tahu punca bau harum yang dicarinya itu

Maka perempuan tua pun menceritakan segalanya. Dia dan cucunya dibawa ke istana tinggal bersama-sama raja. Tuan puteri pun sembuh daripada penyakit ganjilnya itu.

Demikianlah, sampai sekarang pun orang tua selalu mengingatkan supaya tidak menumpahkan nasi dan membiarkannya bersepah-sepah.

Pengajaran

1. Kita perlu belajar untuk tidak membazir

2. Jangan makan nasi bersepah-sepah jatuh dari pinggan. Jika jatuh, bersihkan

Kongsikan Cerita Ini
=

Mengapa Nasi Menangis