Penglipurlena

Kongsikan Cerita Ini

Sang Monyet yang Degil

Pada suatu hari sang kancil sedang berjalan-jalan di kebun buah-buahan dan sayur-sayurannya bersama rakannya sang Kura-kura. Sedang asyik mereka menikmati buah-buahan di situ, tiba-tiba datang seekor monyet yang kelihatan amat kelaparan sekali.

"Tolong, tolong, aku amat lapar. Sudah beberapa hari aku tidak makan", kata monyet dengan sedih.

"Bolehkah sekiranya kamu berdua berikan sedikit buah-buahan untuk aku makan?” rayu monyet.

Kancil dan kura-kura amat kasihan terhadap monyet yang kelihatan sangat lapar itu.

"Baiklah monyet, ambillah apa saja yang kau mahu", kata kancil

"Terima kasih kancil, terima kasih kura-kura”, ucap monyet dengan gembira.

Melihatkan pepohon buah-buahan yang merimbun di hadapannya, mulalah monyet berasa tamak. Tiba-tiba dia ternampak akan pokok cili yang ranum dengan cili-cili yang merah menyala.

"Aku mahu itu, aku mahu itu!", teriak monyet

"Jangan monyet, nanti kau yang menanggung pedihnya", tegah kura-kura

"Betul tu monyet, pilihlah buah yang lain", sokong kancil.

"Ah, aku tak peduli. Aku mahu buah itu juga", kata monyet tegas.

Tanpa mempedulikan amaran kancil dan kura-kura, monyet terus meluru ke arah pokok cili. Dia memetik cili-cili yang merah menyala itu dan terus memakannya dengan gelojoh.

Tiba-tiba monyet menjerit, "Pedas!!! Pedas!!! air, air, mana air, pedas!!”,

Dengan muka yang merah kerana menahan pedas, monyet terus berlari mencari air bagi menghilangkan pedas di lidahnya itu, manakala sang kancil dan kura-kura menggeleng-gelengkan kepala mereka.

Pengajaran

Sikap tamak dan tidak mendengar kata selalu membawa malapetaka.

Sang Monyet
yang Degil