Pada zaman dahulu, ada seorang pemuda bernama Badang. Setiap hari Badang menahan bubu di anak sungai.
Bubu itu ditahannya pada waktu petang. Pagi esoknya dia akan pergi semula melihat bubunya itu.
Sudah tiga pagi Badang pergi melihat bubunya. Tiada seekor ikan pun terperangkap di dalam bubu itu.
Dia menahan bubu itu semula di anak sungai di tepi belukar. Dia lihat banyak ikan sedang bermain di dalam sungai.
Pagi esoknya, Badang pergi melihat bubunya. Alangkah hampa hatinya. Tiada seekor ikan pun terperangkap di dalam bubunya.
Di tebing sungai, dilihatnya sisik-sisik ikan berselerak.
"Binatang apa pula yang memakan ikan ini?" tanya Badang sendirian.
"Baik aku tunggu di sini malam ini. Aku nak lihat binatang apa yang memakan ikan di dalam bubu ini," kata Badang lagi.
Petang itu, Badang menahan bubunya seperti biasa. Kali ini dia tidak pulang ke rumah. Dia bersembunyi di sebalik sepohon pokok.
Pada waktu tengah malam, dia nampak satu lembaga muncul.
Lembaga itu menuju ke bubunya lalu mengeluarkan ikan di dalamnya. Ikan-ikan itu diratahnya dengan lahap.
Badang memberanikan diri. Dia melompat keluar dan meluru ke arah lembaga itu. Lembaga itu berjanggut panjang hingga ke perutnya. Matanya merah menyala-nyala.
Badang mencekak janggut lembaga itu dengan kuatnya.
"Oh, kamu rupanya yang memakan ikan aku, ya! Aku bunuh kamu," kata Badang.
"Jangan ... jangan bunuh hamba. Lepaskanlah hamba. Hamba akan jadikan tuan hamba gagah," kata lembaga. Ia menggigil ketakutan.
"Kamu pembohong!" kata Badang.
Badang merentap janggut lembaga itu hingga putus. Lembaga itu lari ketakutan. Kerana terlalu geram Badang menarik sebatang anak pokok. Dengan mudah anak pokok itu dicabutnya.
Badang hairan dengan kekuatannya. Dia cuba mencabut pokok yang lain. Mudah sahaja dia mencabut pokok itu.
Esoknya, Badang pergi ke hutan yang berhampiran. Dengan menggunakan kekuatannya, dia mencabut pokok-pokok besar di situ.
Dalam masa yang singkat, hutan itu menjadi terang.
Pada suatu hari, Badang disuruh memanjat pokok petai yang sangat tinggi. Tiba-tiba dahan yang dipijak oleh Badang patah. Dia pun terjatuh.
Kepala Badang terhempas ke atas seketul batu besar. Batu itu terbelah dua, sedangkan kepala Badang tidak cedera sedikit pun.
Badang menjadi terkenal kerana kegagahannya. Berita kegagahannya itu sampai ke pengetahuan raja. Raja pun mengambil Badang sebagai hulubalang baginda.