Burung Merpati Dan Semut

Burung Merpati Dan Semut

Seekor semut yang dahaga menuju ke tebing sungai untuk minum air. Tiba-tiba semut terjatuh ke dalam sungai dan hampir lemas.

Burung merpati yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun ke dalam sungai. Semut pun panjat ke atas daun tersebut dan tiba di tebing sungai dengan selamat.

Burung Merpati Dan Semut - Halaman 2

Selang beberapa hari, ada seorang pemburu berdiri di bawah pohon di mana burung merpati tinggal. Pemburu tersebut sudah bersedia untuk menangkap merpati.

SPONSORED RECOMMENDATION

Menyedari rancangan pemburu tersebut, semut segera mengigit kakinya. Burung merpati terdengar jeritan pemburu dan ia terus terbang menyelamatkan diri.

Budi yang baik akan di balas baik.

Pengajaran

Budi yang baik akan sentiasa dibalas baik. Saling tolong-menolong sesama makhluk tanpa mengira saiz membawa keberkatan dan keselamatan.

SPONSORED RECOMMENDATION

๐Ÿ’ก Tahukah Anda?

  • Semut mampu mengangkat beban seberat 10 hingga 50 kali ganda daripada berat badannya sendiri.
  • Burung merpati mempunyai daya ingatan navigasi geomagnetik yang sangat hebat dan pernah digunakan pada zaman dahulu untuk menghantar surat.

๐Ÿ“š Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Kisah klasik ini mengajar anak-anak bahawa sekecil-kecil makhluk atau perbuatan baik mampu memberikan impak yang sangat besar kepada kehidupan orang lain.
1. Bagaimanakah burung merpati menyelamatkan semut yang hampir lemas?
2. Apakah tindakan semut ketika melihat pemburu ingin memanah burung merpati?
Ajak anak membuat sekeping kad ucapan terima kasih berbentuk daun dan berikan kepada ahli keluarga yang sering membantu mereka.