Kata Kiasan Bertema: Lang

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Lang.

Menemui 462 ungkapan Set Semula Tapisan ×
SR SM Peribahasa

Ringan Tulang, Berat Perut

Individu atau orang yang rajin bekerja tentu akan mendapat rezeki dan memperoleh kesenangan.

“Hasil usahanya yang ringan tulang berat perut dia hidup senang di waktu tua.”
SR Simpulan Bahasa

Curi Tulang

Pemalas.

“Orang lain sibuk bekerja di dapur tetapi dia men'curi tulang dengan berbual-bual di serambi.”
SR SM Peribahasa

Bagai Belut Pulang Ke Lumpur

Selepas pulang ke tempat asal, tidak mahu pergi lagi.

“Perumpamaan 'seperti belut pulang ke lumpur' menjadi kiasan berguna untuk menggambarkan perihal selepas pulang ke tempat...”
SR SM Simpulan Bahasa

Putih Tulang

Mati.

“Daripada menanggung malu kerana negara dijajah orang, baiklah berputih tulang di medan perang.”
SR SM Peribahasa

Seperti Anak Ayam Kehilangan Ibunya

Berpecah-pecah kerana kehilangan tempat tumpuan (pengharapan).

“Perumpamaan 'seperti anak ayam kehilangan ibunya' menjadi kiasan berguna untuk menggambarkan perihal berpecah-pecah kerana kehilangan tempat...”
SR SM Simpulan Bahasa

Tulang Belakang

Individu atau orang yang menjadi sumber kekuatan.

“Pasukan penyunting yang baik menjadi tulang belakang kepada penerbitan majalah itu.”
SM Peribahasa

Bagai Ayam Disambar Helang

Individu atau orang yang hilang dengan tiba-tiba.

“Dalam kehidupan bermasyarakat, perbuatan hilang dengan tiba-tiba persis perumpamaan, 'bagai ayam disambar helang'.”
SR Peribahasa

Bagai Itik Pulang Petang

Individu atau orang yang berjalan lambat.

“Hani selalu ditinggal oleh rakan-rakannya ketika pulang dari sekolah kerana dia berjalan bagai itik pulang petang.”
SR Simpulan Bahasa

Berat Tulang

Pemalas.

“Pak Cik Hassan menasihati Amirul supaya mengikis perbuatan 'berat tulang' agar tidak merosakkan masa depannya.”
SR Simpulan Bahasa

Langkah Kanan

Bernasib baik, bertuah.

“Hari ini, Suzana langkah kanan kerana ketika dia tiba di rumah abangnya, mereka sedang menikmati buah...”