Koleksi Simpulan Bahasa Melayu Lengkap

Ungkapan kiasan 2 atau 3 perkataan berserta huraian maksud mudah difahami dan contoh ayat penulisan.

Menemui 4,191 ungkapan
SR Simpulan Bahasa

Kaki Ayam

Tidak memakai kasut.

“Hafeezhat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya telah hilang.”
SR Simpulan Bahasa

Anak Emas

Individu atau orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.

“Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya.”
SR SM Simpulan Bahasa

Kacang Lupakan Kulitnya

Individu atau orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya dan lain-lain) setelah menikmati kesenangan dan lain-lain.

“Dalam menghadapi perkara itu, Fatin memilih untuk mengambil pendekatan 'kacang lupakan kulitnya'.”
SR Simpulan Bahasa

Makan Suap

Mengambil wang secara haram, rasuah.

“Puan Salmah menasihati Fatin supaya mengikis perbuatan 'makan suap' agar tidak merosakkan masa depannya.”
Simpulan Bahasa

Bulat Kata

Kata sepakat.

“Keluarga Khadijah telah bulat kata hendak mewakafkan tanah pusaka mereka untuk dijadikan tapak sekolah agama.”
SR Simpulan Bahasa

Rambang Mata

Tidak tahu mana yang hendak dipilih.

“Saya menjadi rambang mata apabila melihat baju yang cantik-cantik itu.”
SR Simpulan Bahasa

Ada Bakat

Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.

“Izzah ada bakat menjadi penulis novel.”
SR Simpulan Bahasa

Hidung Tinggi

Individu atau orang yang sombong.

“Kalau kita bersikap hidung tinggi kita tidak disenangi oleh kawan-kawan.”
SR Simpulan Bahasa

Hati Batu

Degil atau mempunyai azam yang kuat.

“Zarina memang hati batu kerana dia tetap menyertai ekspedisi berkayak itu walaupun telah dilarang oleh ibunya.”
SR Simpulan Bahasa

Tangkai Jering

Sangat kedekut.

“Dalam menghadapi perkara itu, Liyana memilih untuk mengambil pendekatan 'tangkai jering'.”
SR Simpulan Bahasa

Curi Tulang

Pemalas.

“Orang lain sibuk bekerja di dapur tetapi dia men'curi tulang dengan berbual-bual di serambi.”
SR Simpulan Bahasa

Besar Hati

Bermaksud bangga, megah.

“Besar hati kami apabila mendapat tahu tuan akan hadir ke majlis itu nanti," kata Ali kepada...”
SR SM Simpulan Bahasa

Ada Jalan

Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

“Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di...”
SR SM Simpulan Bahasa

Anak Dagang

Individu atau orang yang merantau ke tempat orang lain.

“Sebagai anak dagang, Hasan pandai mengambil hati penduduk tempatan.”
SR SM Simpulan Bahasa

Baik Hati

Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

“Nenek memang baik hati. Dia sering menghulurkan derma kepada rumah anak-anak yatim.”
SR SM Simpulan Bahasa

Buah Tangan

1. Brang yang dibawa dari perjalanan.

“Dalam menghadapi perkara itu, Zul memilih untuk mengambil pendekatan 'buah tangan'.”
SR SM Simpulan Bahasa

Darah Daging

Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.

“Mak Cik Kalsom menasihati Azlan supaya mengikis perbuatan 'darah daging' agar tidak merosakkan masa depannya.”
SR SM Simpulan Bahasa

Lintah Darat

Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

“Gara-gara aktiviti lintah darat, kehidupan penduduk di kampung itu masih lagi dalam kemiskinan.”
SR SM Simpulan Bahasa

Negeri Orang

Negeri asing.

“Dalam menghadapi perkara itu, Amirul memilih untuk mengambil pendekatan 'negeri orang'.”
SR SM Simpulan Bahasa

Putih Mata

Terlepas peluang.

“Nadiera berputih mata untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kelewatannya menghantar borang permohonan.”
SR SM Simpulan Bahasa

Putih Tulang

Mati.

“Daripada menanggung malu kerana negara dijajah orang, baiklah berputih tulang di medan perang.”
SR SM Simpulan Bahasa

Ringan Mulut

Suka bercakap.

“Izati seorang gadis yang ringan mulut dan berbudi bahasa, sebab itulah dia disenangi oleh rakan-rakannya.”