Kata Kiasan Bertema: Ulang

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Ulang.

Menemui 98 ungkapan Set Semula Tapisan ×
SR SM Peribahasa

Ringan Tulang, Berat Perut

Individu atau orang yang rajin bekerja tentu akan mendapat rezeki dan memperoleh kesenangan.

“Hasil usahanya yang ringan tulang berat perut dia hidup senang di waktu tua.”
SR Simpulan Bahasa

Curi Tulang

Pemalas.

“Orang lain sibuk bekerja di dapur tetapi dia men'curi tulang dengan berbual-bual di serambi.”
SR SM Peribahasa

Bagai Belut Pulang Ke Lumpur

Selepas pulang ke tempat asal, tidak mahu pergi lagi.

“Perumpamaan 'seperti belut pulang ke lumpur' menjadi kiasan berguna untuk menggambarkan perihal selepas pulang ke tempat...”
SR SM Simpulan Bahasa

Putih Tulang

Mati.

“Daripada menanggung malu kerana negara dijajah orang, baiklah berputih tulang di medan perang.”
SR SM Simpulan Bahasa

Tulang Belakang

Individu atau orang yang menjadi sumber kekuatan.

“Pasukan penyunting yang baik menjadi tulang belakang kepada penerbitan majalah itu.”
SR Simpulan Bahasa

Tulang Itik

Individu atau orang yang tidak kuat bekerja.

“Dia lebih banyak berehat daripada bekerja kerana dia tulang itik.”
SR Peribahasa

Bagai Itik Pulang Petang

Individu atau orang yang berjalan lambat.

“Hani selalu ditinggal oleh rakan-rakannya ketika pulang dari sekolah kerana dia berjalan bagai itik pulang petang.”
SM Peribahasa

Seperti Pinang Pulang Ke Tampuk

Pasangan yang bercerai kemudian berbaik semula atau orang yang merantau akhirnya pulang ke kampung halaman atau sesuatu benda yang sesuai pada tempatnya.

“Orang yang berbudi pekerti mulia akan sentiasa disanjung walau di mana-mana berada, seperti pinang pulang ke...”
SM Peribahasa

Bagai Ikan Pulang Ke Lubuk

Individu atau orang yang berdagang pulang ke tempat asalnya atau ke kampung halamannya.

“Sikap seseorang yang berdagang pulang ke tempat asalnya atau ke kampung halamannya sering diibaratkan seperti ikan...”
SR Simpulan Bahasa

Berat Tulang

Pemalas.

“Pak Cik Hassan menasihati Amirul supaya mengikis perbuatan 'berat tulang' agar tidak merosakkan masa depannya.”
SM Peribahasa

Menepuk Air Di Dulang

Menceritakan aib sendiri atau aib kaum keluarga.

“Peribahasa 'menepuk air di dulang' menjadi peringatan kepada kita supaya sentiasa berwaspada dan menjauhi perbuatan yang...”
Peribahasa

Bagai Dulang Dengan Tudung Saji

Perkara atau keadaan yang berpadanan (seperti suami isteri yang sama elok parasnya dan lain-lain).

“Rupa paras pengantin perempuan itu sungguh jelita, bagai dulang dengan tudung saji.”