Kata Kiasan Bertema: Tegal

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Tegal.

Menemui 4 ungkapan Set Semula Tapisan ×
SR SM Peribahasa

Alah Bisa Tegal Biasa

Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.

“Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi...”
SR SM Peribahasa

Alah Bisa Tegal Oleh Biasa

Segala kesukaran dan sebagainya tidak lagi terasa sesudah biasa (mengalami, melakukan, dan sebagainya sesuatu).

“Kita harus mengambil iktibar daripada maksud peribahasa 'alah bisa tegal oleh biasa' agar sentiasa berada di...”
SR SM Peribahasa

Alah Bisa Tegal Kerana Biasa

Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa.

“Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang berterusan, bak kata peribahasa, 'alah bisa tegal kerana...”
Peribahasa

Hilang Adat Tegal Muafakat

Adat boleh diubah dengan persetujuan orang ramai.

“Peribahasa Melayu ada menyebut, 'hilang adat tegal muafakat', yang menggambarkan peri pentingnya menjaga maruah diri.”