Kata Kiasan Bertema: Sifat

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Sifat.

Menemui 957 ungkapan Set Semula Tapisan ×
SR SM Peribahasa

Ringan Tulang, Berat Perut

Individu atau orang yang rajin bekerja tentu akan mendapat rezeki dan memperoleh kesenangan.

“Hasil usahanya yang ringan tulang berat perut dia hidup senang di waktu tua.”
SM Peribahasa

Genggam Bara Api Biar Jadi Arang

Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti.

“Kita wajarlah mengamalkan pesanan peribahasa 'genggam bara api, biar sampai jadi arang' dalam mengharungi liku-liku kehidupan...”
SR Simpulan Bahasa

Hidung Tinggi

Individu atau orang yang sombong.

“Kalau kita bersikap hidung tinggi kita tidak disenangi oleh kawan-kawan.”
SR Simpulan Bahasa

Hati Batu

Degil atau mempunyai azam yang kuat.

“Zarina memang hati batu kerana dia tetap menyertai ekspedisi berkayak itu walaupun telah dilarang oleh ibunya.”
SR Simpulan Bahasa

Besar Hati

Bermaksud bangga, megah.

“Besar hati kami apabila mendapat tahu tuan akan hadir ke majlis itu nanti," kata Ali kepada...”
SR SM Peribahasa

Bagai Anjing Dengan Bayang-bayang

Individu atau orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada.

“Dalam kehidupan bermasyarakat, perbuatan bersikap tamak persis perumpamaan, 'seperti anjing dengan bayang-bayang'.”
SR SM Peribahasa

Alah Bisa Tegal Biasa

Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.

“Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi...”
SR SM Peribahasa

Ringan Mulut Berat Punggung

Banyak bercakap tetapi malas meninggalkan tempat duduk.

“Kita perlu berhati-hati dengan tipu daya orang yang berniat jahat, persis pesanan orang tua-tua, 'ringan mulut...”
SR SM Simpulan Bahasa

Tangan Terbuka

Menerima sesuatu dengan senang hati.

“Kasmini menerima tanggunggjawab membiayai pelajaran anak yatim itu dengan tangan terbuka.”
SR SM Peribahasa

Bagai Kacang Lupakan Kulit

Individu atau orang yang tidak tahu mengenang budi.

“Nisdawati dianggap seperti kacang lupakan kulit. Dia sering memburukkan Rosni, sedangkan Rosni sering membantunya dalam pelajaran.”
SR Simpulan Bahasa

Telinga Nipis

Cepat marah.

“Ketua kampung menasihati Siti supaya mengikis perbuatan 'telinga nipis' agar tidak merosakkan masa depannya.”