Kata Kiasan Bertema: Rajin

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Rajin.

Menemui 4 ungkapan Set Semula Tapisan ×
SM Peribahasa

Rajin Dan Usaha Tangga Kejayaan

Individu atau orang yang rajin berusaha pasti akan berjaya.

“Kita wajarlah mengamalkan pesanan peribahasa 'rajin dan usaha tangga kejayaan' dalam mengharungi liku-liku kehidupan seharian.”
Peribahasa

Rajin Seperti Semut

Individu atau orang yang rajin bekerja.

“Walaupun dia tidak berpelajaran tinggi, namun hidupnya senang kerana dia rajin seperti semut.”
Simpulan Bahasa

Salah Rajin

Terlalu rajin.

“Sikap Farah yang 'salah rajin' itu menyebabkan dia amat dihormati dan disayangi oleh Cikgu Azman.”