Kata Kiasan Bertema: Pengajaran

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Pengajaran.

Menemui 4,451 ungkapan Set Semula Tapisan ×
Peribahasa

Adat Penuh Ke Atas, Syarak Penuh Ke Bawah

Adat itu sebutan yang besar, tetapi boleh diperlonggarkan, sedangkan hukum tuhan tidak boleh diubah-ubah dan orang mesti mematuhinya.

“Orang tua-tua pernah berpesan, 'adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah', sebagai panduan berguna dalam...”
Peribahasa

Air Mudik Sungai Semua Teluk Diranai

Individu atau orang yang boros tiada memilih barang, mana yang melintas dibelinya.

“Peribahasa 'air mudik sungai semua teluk diranai' menjadi peringatan kepada kita supaya sentiasa berwaspada dan menjauhi...”
Simpulan Bahasa

Akal Belut

Individu atau orang yang pandai tipu muslihat.

“Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan harga yang murah.”
Peribahasa

Alang-alang Mandi Biar Basah

Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.

“Sungguhpun Lina banyak menghadapi masalah ketika memulakan perniagaannya, akhirnya dia berjaya membuka sebuah restoran kerana alang-alang...”
Peribahasa

Anak Harimau Jangan Dibela Pelihara

Jangan berbuat baik atau memihak kepada orang yang suka berbuat jahat.

“Kita wajarlah mengamalkan pesanan peribahasa 'anak harimau jangan dibela pelihara' dalam mengharungi liku-liku kehidupan seharian.”
Peribahasa

Bagai Aur Ditarik Songsang

Tugas atau pekerjaan yang sukar dijalankan kerana sudah salah cara penggunaannya.

““Jika kamu menelaah pelajaran apabila sudah hampir peperiksaan, kamu akan berhadapan dengan banyak masalah seperti aur...”
Peribahasa

Bagai Limau Masam Sebelah

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil atau berat sebelah.

“Tindakan pihak atasan yang berat sebelah itu persis perumpamaan, 'seperti limau masam sebelah'.”