Kata Kiasan Bertema: Lebai

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Lebai.

Menemui 4 ungkapan Set Semula Tapisan ×
Simpulan Bahasa

Lebai Malang

Individu atau orang yang selalu mengalami nasib malang.

“Nasibnya umpama lebai malang, sudahlah keretanya rosak, duitnya pula dicuri orang.”
Simpulan Bahasa

Lebai Pulut

Individu atau orang yang mengetahui sedikit sebanyak tentang hal keagamaan dan selalu dijemput makan kenduri kerana mengharapkannya membaca doa, dan dia juga berasa megah kerana mendapat penghormatan.

“Sikap Siti yang 'lebai pulut' itu menyebabkan dia amat dihormati dan disayangi oleh Encik Roslan.”