Kata Kiasan Bertema: Kewangan

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Kewangan.

Menemui 810 ungkapan Set Semula Tapisan ×
SM Peribahasa

Genggam Bara Api Biar Jadi Arang

Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti.

“Kita wajarlah mengamalkan pesanan peribahasa 'genggam bara api, biar sampai jadi arang' dalam mengharungi liku-liku kehidupan...”
SR Simpulan Bahasa

Anak Emas

Individu atau orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.

“Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya.”
SR Simpulan Bahasa

Makan Suap

Mengambil wang secara haram, rasuah.

“Puan Salmah menasihati Fatin supaya mengikis perbuatan 'makan suap' agar tidak merosakkan masa depannya.”
SR SM Simpulan Bahasa

Anak Dagang

Individu atau orang yang merantau ke tempat orang lain.

“Sebagai anak dagang, Hasan pandai mengambil hati penduduk tempatan.”
SM Peribahasa

Bagai Gergaji Dua Mata

Seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak.

“Dalam kehidupan bermasyarakat, perbuatan seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak persis perumpamaan, 'seperti...”
SR Simpulan Bahasa

Belayar Atas Angin

Berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain.

“Dalam menghadapi perkara itu, Aminah memilih untuk mengambil pendekatan 'belayar atas angin'.”
SR Simpulan Bahasa

Gelap Mata

Hilang fikiran yang waras kerana melihat wang yang banyak.

“Pegawai itu tidak gelap mata walaupun ditawarkan sejumlah wang yang lumayan untuk melakukan penipuan.”
SR Simpulan Bahasa

Mata Duitan

Individu atau orang yang tamakkan wang.

“Zainon mata duitan sebab itulah suaminya terpaksa bekerja bertungkus-lumus untuk mencari wang yang lebih.”
SR Simpulan Bahasa

Wang Kopi

Bayaran tidak rasmi kepada seseorang sebagai upah.

“Zali memberi RM50 sebagai wang kopi kepada Abu.”
SR Simpulan Bahasa

Wang Saku

Wang perbelanjaan peribadi.

“Ibu memberi Hakim wang saku sebanyak lima ringgit sebagai bekalan berbelanja di sekolah.”