Kata Kiasan Bertema: Gading

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Gading.

Menemui 17 ungkapan Set Semula Tapisan ×
Peribahasa

Gajah Mati Kerana Gadingnya

Seseorang mendapat kemalangan kerana keunggulannya.

“Peribahasa Melayu ada menyebut, 'gajah mati kerana gadingnya', yang menggambarkan peri pentingnya menjaga maruah diri.”
Simpulan Bahasa

Nyiur Gading

Anak gadis yang comel-comel (kesayangan ibu bapa).

“Pasangan kembar, Shazwani dan Shazwana merupakan nyiur gading Encik Abdullah dan Puan Norma.”