Kata Kiasan Bertema: Duit

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Duit.

Menemui 5 ungkapan Set Semula Tapisan ×
SR Simpulan Bahasa

Mata Duitan

Individu atau orang yang tamakkan wang.

“Zainon mata duitan sebab itulah suaminya terpaksa bekerja bertungkus-lumus untuk mencari wang yang lebih.”
Simpulan Bahasa

Duit Kopi

Bayaran tidak rasmi kepada seseorang sebagai upah.

“Zali memberi RM50 sebagai duit kopi kepada Abu.”
Simpulan Bahasa

Makan Duit

Mengambil wang secara haram, rasuah.

“Pekerja yang makan duit syarikat telah dikenakan tindakan undang-undang.”
Simpulan Bahasa

Duit Pecah

Duit syiling.

“Amin meminta duit pecah daripada juruwang kedai itu untuk memudahkan pembayaran tambang bas.”
Simpulan Bahasa

Duit Teh

Wang rasuah.

“Pihak polis menegaskan bahawa pemberian duit teh kepada penjawat awam merupakan satu kesalahan undang-undang.”