Kata Kiasan Bertema: Cepat

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Cepat.

Menemui 5 ungkapan Set Semula Tapisan ×
SR Peribahasa

Cepat Kaki, Ringan Tangan

Rajin dan giat / Sangat cekap dan suka menolong.

“Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang berterusan, bak kata peribahasa, 'cepat kaki, ringan tangan'.”
SR Simpulan Bahasa

Cepat Tangan

Individu atau orang yang suka mencuri.

“Akibat perangainya yang cepat tangan, dia ditangkap polis.”
Simpulan Bahasa

Cepat Kaki

Tangkas apabila membuat sesuatu.

“Dalam menghadapi perkara itu, Nurul memilih untuk mengambil pendekatan 'cepat kaki'.”
Simpulan Bahasa

Cepat Lidah

Individu atau orang yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.

“Sikap pengerusi mesyuarat yang cepat lidah menyebabkan kami berasa tersinggung.”