Kata Kiasan Bertema: Buku

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Buku.

Menemui 32 ungkapan Set Semula Tapisan ×
SR Simpulan Bahasa

Puteri Lilin

Individu atau orang yang tidak tahan lasak atau panas.

“Engkau ni seperti puteri lilin, berpanas sekejap pun sudah merungut, kata ayah kepada kakak.”
SR SM Simpulan Bahasa

Putih Mata

Terlepas peluang.

“Nadiera berputih mata untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kelewatannya menghantar borang permohonan.”
SR SM Simpulan Bahasa

Putih Tulang

Mati.

“Daripada menanggung malu kerana negara dijajah orang, baiklah berputih tulang di medan perang.”