Kata Kiasan Bertema: Buku

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Buku.

Menemui 490 ungkapan Set Semula Tapisan ×
SR SM Peribahasa

Ringan Tulang, Berat Perut

Individu atau orang yang rajin bekerja tentu akan mendapat rezeki dan memperoleh kesenangan.

“Hasil usahanya yang ringan tulang berat perut dia hidup senang di waktu tua.”
SR Simpulan Bahasa

Kaki Ayam

Tidak memakai kasut.

“Hafeezhat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya telah hilang.”
SM Peribahasa

Genggam Bara Api Biar Jadi Arang

Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti.

“Kita wajarlah mengamalkan pesanan peribahasa 'genggam bara api, biar sampai jadi arang' dalam mengharungi liku-liku kehidupan...”
SR SM Peribahasa

Bagai Menatang Minyak Yang Penuh

Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.

“Dalam kehidupan bermasyarakat, perbuatan memelihara anak dengan penuh kasih sayang persis perumpamaan, 'seperti menatang minyak yang...”
SR Simpulan Bahasa

Anak Emas

Individu atau orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.

“Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya.”
SR SM Simpulan Bahasa

Kacang Lupakan Kulitnya

Individu atau orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya dan lain-lain) setelah menikmati kesenangan dan lain-lain.

“Dalam menghadapi perkara itu, Fatin memilih untuk mengambil pendekatan 'kacang lupakan kulitnya'.”
SR Simpulan Bahasa

Makan Suap

Mengambil wang secara haram, rasuah.

“Puan Salmah menasihati Fatin supaya mengikis perbuatan 'makan suap' agar tidak merosakkan masa depannya.”
SR Peribahasa

Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih

Apabila melakukan sesuatu kesilapan, segeralah meminta maaf dan membetulkan kesilapan yang dilakukan agar kedua-dua pihak tidak bermasam muka.

“Hubungan Ali dan Abu semakin pulih kerana Ali mengaku kesilapannya ibarat buang yang keruh ambil yang...”
SM Peribahasa

Ukur Baju Di Badan Sendiri

Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita.

“Orang tua-tua pernah berpesan, 'ukur baju di badan sendiri', sebagai panduan berguna dalam membina keharmonian masyarakat.”
SR Simpulan Bahasa

Rambang Mata

Tidak tahu mana yang hendak dipilih.

“Saya menjadi rambang mata apabila melihat baju yang cantik-cantik itu.”
SR Simpulan Bahasa

Ada Bakat

Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.

“Izzah ada bakat menjadi penulis novel.”
SR Simpulan Bahasa

Hidung Tinggi

Individu atau orang yang sombong.

“Kalau kita bersikap hidung tinggi kita tidak disenangi oleh kawan-kawan.”
SR Simpulan Bahasa

Hati Batu

Degil atau mempunyai azam yang kuat.

“Zarina memang hati batu kerana dia tetap menyertai ekspedisi berkayak itu walaupun telah dilarang oleh ibunya.”