Kata Kiasan Bertema: Pengajaran

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Pengajaran.

Menemui 4,451 ungkapan Set Semula Tapisan ×
SR SM Peribahasa

Alah Bisa Tegal Biasa

Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.

“Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi...”
SR SM Peribahasa

Bagai Kera Mendapat Bunga

Sesorang yang tidak tahu menilai pemberian orang lain.

“Sikap seseorang yang mendapat sesuatu barang, tetapi tidak tahu bagaimana hendak menggunakan barang itu sering diibaratkan...”
SR SM Peribahasa

Bersatu Teguh, Bercerai Roboh

Persefahaman dalam sesebuah masyarakat dapat membuahkan kejayaan manakala perbalahan akan menyebabkan perpecahan.

“Seluruh rakyat Malaysia hendaklah saling bertolak-ansur dan bersatu padu kerana bersatu teguh, bercerai roboh.”
SR SM Peribahasa

Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan

Jika mempunyai cita-cita seseorang akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

“Kita wajarlah mengamalkan pesanan peribahasa 'di mana ada kemahuan, di situ ada jalan' dalam mengharungi liku-liku...”
SR SM Peribahasa

Alah Bisa Tegal Kerana Biasa

Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa.

“Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang berterusan, bak kata peribahasa, 'alah bisa tegal kerana...”
SR SM Peribahasa

Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya

Seseorang anak itu akan mengikut perangai bapa atau ibunya.

“Sikap peramah yang dimiliki oleh Helmi sama seperti ibunya, sebagaimana acuan begitulah kuihnya menyebabkan dia disenangi...”
SR SM Peribahasa

Seperti Lipas Kudung

Bergerak dalam keadaan pantas atau, sibuk bekerja.

“Hidangan tengah hari dapat disiapkannya dalam masa setengah jam kerana dia membuatnya seperti lipas kudung.”
SR SM Peribahasa

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Berturut-turut mendapat kesusahan.

“Kita wajarlah mengamalkan pesanan peribahasa 'sudah jatuh ditimpa tangga' dalam mengharungi liku-liku kehidupan seharian.”
SR SM Peribahasa

Tangan Bagai Lipas Kudung

Kiasan tentang sikap seseorang yang tangannya tidak mahu diam (seperti kanak-kanak).

“Dalam kehidupan bermasyarakat, perbuatan tangannya tidak mahu diam (seperti kanak-kanak) persis perumpamaan, 'tangan bagai lipas kudung'.”