Kata Kiasan Bertema: Pengajaran

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Pengajaran.

Menemui 283 ungkapan Set Semula Tapisan ×
Peribahasa

Awal Dibuat, Akhir Diingat

Berfikir sebelum melakukan sesuatu pekerjaan supaya selamat pekerjaan itu.

“Kita harus mengambil iktibar daripada maksud peribahasa 'awal dibuat, akhir diingat' agar sentiasa berada di jalan...”
Peribahasa

Ayam Dapat, Musang Dapat

Pencuri ditangkap, barang-barang yang dicuri pun dipulangkan.

“Kita perlu berhati-hati dengan tipu daya orang yang berniat jahat, persis pesanan orang tua-tua, 'ayam dapat,...”
Peribahasa

Ayam Itik Raja Pada Tempatnya

Setiap orang itu adalah penting pada tempatnya sendiri.

“Kita wajarlah mengamalkan pesanan peribahasa 'ayam itik raja pada tempatnya' dalam mengharungi liku-liku kehidupan seharian.”
Simpulan Bahasa

Ayam Jalak

Individu atau orang yang berani.

“Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua orang...”
Peribahasa

Ayam Menang, Kampuh Tergadai

Keuntungan yang tidak ada faedahnya. kampuh = kain selimut yang dirangkap daripada tiga helai kain.

“Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang berterusan, bak kata peribahasa, 'ayam menang, kampuh tergadai'.”
Peribahasa

Ayam Putih Terbang Siang

Perihal pekerjaan yang dilakukan dengan terang dan nyata dan diketahui orang.

“Kita harus mengambil iktibar daripada maksud peribahasa 'ayam putih terbang siang' agar sentiasa berada di jalan...”