Kata Kiasan Bertema: Otak

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Otak.

Menemui 4 ungkapan Set Semula Tapisan ×
Peribahasa

Badan Cergas, Otak Cerdas

Badan yang bertenaga dan sihat, akan dapat melahirkan pemikiran yang sempurna akalnya.

“Kita harus mengambil iktibar daripada maksud peribahasa 'badan cergas, otak cerdas' agar sentiasa berada di jalan...”
Peribahasa

Badan Sihat Otak Cerdas

Kesihatan yang baik membolehkan seseorang melahirkan idea yang bernas.

“Kementerian Pelajaran Malaysia melancarkan Dasar 1 Murid 1 Sukan kerana memegang prinsip badan sihat otak cerdas.”
Simpulan Bahasa

Berat Otak

Fikiran yang terkacau atau tidak tenang.

“Dalam menghadapi perkara itu, Zul memilih untuk mengambil pendekatan 'berat otak'.”
Simpulan Bahasa

Berotak Jernih

Bijaksana.

“Sikap Aishah yang 'berotak jernih' itu menyebabkan dia amat dihormati dan disayangi oleh Mak Cik Kalsom.”