Kata Kiasan Bertema: Nasihat

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Nasihat.

Menemui 4,163 ungkapan Set Semula Tapisan ×
Peribahasa

Seperti Anjing Beroleh Bangkai

Kiasan yang ditujukan kepada orang tamak yang mendapat sesuatu dengan mudahnya.

“Tugasan yang mudah itu dapat diselesaikan oleh Danish dengan pantas, seperti anjing beroleh bangkai.”
Peribahasa

Seperti Anjing Menggonggong Tulang

Individu atau orang yang mendapat sesuatu yang disukai dia akan bersifat tamak dan kedekut.

“Lokman diberi kepercayaan oleh bapanya untuk mengutip duit sewa rumah. Tetapi dia tidak mahu memberikan wang...”
Peribahasa

Seperti Bertih Digoreng

Seseorang yang bagaikan tidak tahu berhenti bercakap atau mengomel.

“Suami mana yang tahan dengan sikap seorang isteri yang kuat mengomel seperti bertih digoreng.”