Kata Kiasan Bertema: Luar

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Luar.

Menemui 467 ungkapan Set Semula Tapisan ×
Peribahasa

Bagai Harimau Menyembunyikan Kukunya

Orang berpengetahuan yang menyembunyikan pengetahuannya.

“Perumpamaan 'seperti harimau menyembunyikan kukunya' menjadi kiasan berguna untuk menggambarkan perihal hendak menyorok-nyorokkan kelebihan dirinya.”
Peribahasa

Bagai Haruan Makan Anak

Bapa yang memperkosa anak sendiri.

“Penghulu kampung menasihati Azlan supaya mengikis perbuatan 'haruan makan anak' agar tidak merosakkan masa depannya.”
SM Peribahasa

Bagai Ikan Pulang Ke Lubuk

Individu atau orang yang berdagang pulang ke tempat asalnya atau ke kampung halamannya.

“Sikap seseorang yang berdagang pulang ke tempat asalnya atau ke kampung halamannya sering diibaratkan seperti ikan...”
Peribahasa

Bagai Inai Dengan Kuku

Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).

“Hubungan persahabatan antara Amin dengan Danish sangat erat, bagai inai dengan kuku.”
SR Peribahasa

Bagai Isi Dengan Kuku

Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).

“Hubungan persahabatan antara Azlan dengan Irfan sangat erat, seperti isi dengan kuku.”
SR Peribahasa

Bagai Itik Pulang Petang

Individu atau orang yang berjalan lambat.

“Hani selalu ditinggal oleh rakan-rakannya ketika pulang dari sekolah kerana dia berjalan bagai itik pulang petang.”
Peribahasa

Bagai Jawi Terkurung Siang

Individu atau orang yang tidak dapat bertindak sesuka hatinya kerana terkongkong oleh adat.

“Dalam kehidupan bermasyarakat, perbuatan tidak dapat bertindak sesuka hatinya kerana terkongkong oleh adat persis perumpamaan, 'bagai...”
Peribahasa

Bagai Jelongak Kerbu Rampung

Orang bodoh yang sombong, tidak sedar bahawa dirinya telah dipermainkan oleh orang lain. jelongok = selalu menengadah. rampung = rosak cuping hidungnya.

“Perumpamaan 'bagai jelongak kerbu rampung' menjadi kiasan berguna untuk menggambarkan perihal orang bodoh yang sombong, tidak...”
SR SM Peribahasa

Bagai Kacang Lupakan Kulit

Individu atau orang yang tidak tahu mengenang budi.

“Nisdawati dianggap seperti kacang lupakan kulit. Dia sering memburukkan Rosni, sedangkan Rosni sering membantunya dalam pelajaran.”
Peribahasa

Bagai Kaduk Naik Junjung

Orang hina merasa dirinya mulia.

“Dalam kehidupan bermasyarakat, perbuatan hina apabila mendapat pangkat dan lain-lain berbuat mengada-ngada persis perumpamaan, 'seperti kaduk...”
SM Peribahasa

Bagai Kambing Dihalau Ke Air

Individu atau orang yang enggan melakukan sesuatu pekerjaan.

“Sikap seseorang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan sering diibaratkan umpama kambing dihalau ke air.”
Peribahasa

Bagai Kambing Dijunjung

Jerit atau teriak orang yang sangat penakut.

“Dalam kehidupan bermasyarakat, perbuatan jerit atau teriak orang yang sangat penakut persis perumpamaan, 'bagai kambing dijunjung'.”
Peribahasa

Bagai Kambing Diseret Ke Air

Individu atau orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan.

“Kami sudah tidak mahu bekerjasama dengan Laila kerana dia bersikap bagai kambing diseret ke air apabila...”
Peribahasa

Bagai Kera Dapat Canggung

Kiasan tentang sikap seseorang yang telah ditolong mendampingkan dirinya kepada orang yang menolongnya.

“Penduduk kampung itu sentiasa hidup bersatu-padu dan saling membantu, bagai kera dapat canggung.”
SR SM Peribahasa

Bagai Kera Mendapat Bunga

Sesorang yang tidak tahu menilai pemberian orang lain.

“Sikap seseorang yang mendapat sesuatu barang, tetapi tidak tahu bagaimana hendak menggunakan barang itu sering diibaratkan...”
Peribahasa

Bagai Kerbau Dicucuk Hidung

Individu atau orang yang mengikut sahaja suruhan orang lain.

“Perumpamaan 'seperti kerbau dicucuk hidung' menjadi kiasan berguna untuk menggambarkan perihal mengikut sahaja suruhan orang lain.”
SM Peribahasa

Bagai Kerbau Runcing Tanduk

Individu atau orang yang terkenal kerana jahatnya.

“Perumpamaan 'bagai kerbau runcing tanduk' menjadi kiasan berguna untuk menggambarkan perihal terkenal kerana jahatnya.”