Kata Kiasan Bertema: Lah

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Lah.

Menemui 25 ungkapan Set Semula Tapisan ×
Simpulan Bahasa

Hamba Allah

Manusia.

“Dalam menghadapi perkara itu, Nabila memilih untuk mengambil pendekatan 'hamba Allah'.”
SM Peribahasa

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

Harapan diletakkan pada bahu seseorang tetapi akhirnya orang itu pula yang merosakkannya.

“Kejadian seorang pegawai penguatkuasa ditangkap kerana pecah masuk ke dalam sebuah bangunan yang berada di bawah...”
SR Simpulan Bahasa

Hati Batu

Degil atau mempunyai azam yang kuat.

“Zarina memang hati batu kerana dia tetap menyertai ekspedisi berkayak itu walaupun telah dilarang oleh ibunya.”
SR Simpulan Bahasa

Hati Waja

Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.

“Berkat semangatnya yang berhati waja, akhirnya Salma menjadi seorang pengusaha yang berjaya.”
SR Simpulan Bahasa

Hidung Tinggi

Individu atau orang yang sombong.

“Kalau kita bersikap hidung tinggi kita tidak disenangi oleh kawan-kawan.”
SM Peribahasa

Hidup Dikandung Adat, Mati Dikandung Tanah

Selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah matiterserahlah kepada hukum Tuhan.

“Peribahasa Melayu ada menyebut, 'hidup dikandung adat, mati dikandung tanah', yang menggambarkan peri pentingnya menjaga maruah...”
Peribahasa

Hilang Tukul Hilanglah Pahat

Keadaan apabila tidak berupaya untuk berbuat sesuatu kalau tidak berteman.

“Peribahasa Melayu ada menyebut, 'hilang tukul hilanglah pahat', yang menggambarkan peri pentingnya menjaga maruah diri.”