Kata Kiasan Bertema: Jangan

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Jangan.

Menemui 22 ungkapan Set Semula Tapisan ×
Peribahasa

Batu Pun Empuk, Jangankan Hati Manusia

Hati manusia yang keras dapat dilembutkan dengan perkataan yang manis dan lemah lembut.

“Orang tua-tua pernah berpesan, 'batu pun empuk, jangankan hati manusia', sebagai panduan berguna dalam membina keharmonian...”
Peribahasa

Berkepanjangan Bagai Agam

Perbuatan (perkataan) yang berlarut-larut.

“Dalam kehidupan bermasyarakat, perbuatan perbuatan (perkataan) yang berlarut-larut persis perumpamaan, 'berkepanjangan bagai agam'.”
SM Peribahasa

Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat

Individu atau orang yang kuat perpegang pada adat / Adat yang tidak boleh dilanggar.

“Banyak adat istiadat lama masih digamalkan oleh masyarakat kini, kerana mereka percaya biar mati anak jangan...”
Peribahasa

Biar Sipi Asal Jangan Sesat

Biarlah rugi sedikit asalkan jangan rugi banyak.

“Peribahasa 'biar sipi asal jangan sesat' menjadi peringatan kepada kita supaya sentiasa berwaspada dan menjauhi perbuatan...”
Peribahasa

Biar Sipi Asal Jangan Tepat

Biarlah rugi sedikit asalkan jangan rugi banyak.

“Penghulu kampung mengingatkan pemuda itu agar tidak mengulangi perbuatannya, bak kata peribahasa, 'biar sipi asal jangan...”
Peribahasa

Biar Tersenget Jangan Tertiarap

Lebih baik rugi sedikit daripada habis semua sekali.

“Kita wajarlah mengamalkan pesanan peribahasa 'biar tersenget jangan tertiarap' dalam mengharungi liku-liku kehidupan seharian.”
Peribahasa

Biar Titik, Jangan Tumpah

Biar menanggung kerugian sedikit, jangan menanggung kerugian besar.

“Untuk mengelakkan kerugian yang besar, peniaga itu sanggup menurunkan harga barangannya kerana biar titik, jangan tumpah.”