Kata Kiasan Bertema: Jadi

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Jadi.

Menemui 1,495 ungkapan Set Semula Tapisan ×
SM Peribahasa

Air Dicencang Takkan Putus

Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.

“Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicencang...”
SR Simpulan Bahasa

Air Muka

1. Maruah.

“1. "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai," kata Imad kepada Husin.”
SR Simpulan Bahasa

Anak Buah

Pekerja di bawah jagaan kita.

“Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.”
SR Simpulan Bahasa

Atas Angin

Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah.

“Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-negara atas angin.”
SM Peribahasa

Bagai Kambing Dihalau Ke Air

Individu atau orang yang enggan melakukan sesuatu pekerjaan.

“Sikap seseorang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan sering diibaratkan umpama kambing dihalau ke air.”
SR Simpulan Bahasa

Belayar Atas Angin

Berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain.

“Dalam menghadapi perkara itu, Aminah memilih untuk mengambil pendekatan 'belayar atas angin'.”