Kata Kiasan Bertema: Harta

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Harta.

Menemui 666 ungkapan Set Semula Tapisan ×
SR Simpulan Bahasa

Anak Emas

Individu atau orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.

“Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya.”
SR Simpulan Bahasa

Makan Suap

Mengambil wang secara haram, rasuah.

“Puan Salmah menasihati Fatin supaya mengikis perbuatan 'makan suap' agar tidak merosakkan masa depannya.”
SR SM Simpulan Bahasa

Anak Dagang

Individu atau orang yang merantau ke tempat orang lain.

“Sebagai anak dagang, Hasan pandai mengambil hati penduduk tempatan.”
SR Simpulan Bahasa

Mata Duitan

Individu atau orang yang tamakkan wang.

“Zainon mata duitan sebab itulah suaminya terpaksa bekerja bertungkus-lumus untuk mencari wang yang lebih.”
SR Simpulan Bahasa

Gelap Mata

Hilang fikiran yang waras kerana melihat wang yang banyak.

“Pegawai itu tidak gelap mata walaupun ditawarkan sejumlah wang yang lumayan untuk melakukan penipuan.”
SR Simpulan Bahasa

Wang Saku

Wang perbelanjaan peribadi.

“Ibu memberi Hakim wang saku sebanyak lima ringgit sebagai bekalan berbelanja di sekolah.”
SR Simpulan Bahasa

Wang Kopi

Bayaran tidak rasmi kepada seseorang sebagai upah.

“Zali memberi RM50 sebagai wang kopi kepada Abu.”
SM Peribahasa

Ibarat Perahu Takkan Karam Sebelah

Dua orang yang bersyarikat dan lain-lain jika rugi tentulah ditanggung oleh kedua-duanya.

“Nasihat yang diberikan kepada orang yang enggan berubah itu sia-sia belaka, persis perumpamaan, 'ibarat perahu takkan...”