Kata Kiasan Bertema: Bunga

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Bunga.

Menemui 2,388 ungkapan Set Semula Tapisan ×
SR SM Peribahasa

Seperti Anak Ayam Kehilangan Ibunya

Berpecah-pecah kerana kehilangan tempat tumpuan (pengharapan).

“Perumpamaan 'seperti anak ayam kehilangan ibunya' menjadi kiasan berguna untuk menggambarkan perihal berpecah-pecah kerana kehilangan tempat...”
SR SM Peribahasa

Tangan Bagai Lipas Kudung

Kiasan tentang sikap seseorang yang tangannya tidak mahu diam (seperti kanak-kanak).

“Dalam kehidupan bermasyarakat, perbuatan tangannya tidak mahu diam (seperti kanak-kanak) persis perumpamaan, 'tangan bagai lipas kudung'.”
SR SM Simpulan Bahasa

Tulang Belakang

Individu atau orang yang menjadi sumber kekuatan.

“Pasukan penyunting yang baik menjadi tulang belakang kepada penerbitan majalah itu.”
SR Simpulan Bahasa

Berganding Bahu

Bekerjasama.

“Sikap Zul yang 'berganding bahu' itu menyebabkan dia amat dihormati dan disayangi oleh Encik Roslan.”
SR Simpulan Bahasa

Batu Api

Individu atau orang yang suka menghasut.

“Dalam pergaduhan itu Si Mamatlah batu apinya.”
SR Simpulan Bahasa

Anak Angkat

Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

“Raju merupakan anak angkat kepada Encik Muthu dan Puan Selvi.”
SR Simpulan Bahasa

Anak Buah

Pekerja di bawah jagaan kita.

“Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.”
SR Simpulan Bahasa

Anak Tunggal

Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain.

“Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya.”
SR Simpulan Bahasa

Ayam Tambatan

Individu atau orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan).

“Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.”
SM Peribahasa

Bagai Ayam Disambar Helang

Individu atau orang yang hilang dengan tiba-tiba.

“Dalam kehidupan bermasyarakat, perbuatan hilang dengan tiba-tiba persis perumpamaan, 'bagai ayam disambar helang'.”
SR Peribahasa

Bagai Itik Pulang Petang

Individu atau orang yang berjalan lambat.

“Hani selalu ditinggal oleh rakan-rakannya ketika pulang dari sekolah kerana dia berjalan bagai itik pulang petang.”