Kata Kiasan Bertema: Biasa

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Biasa.

Menemui 4 ungkapan Set Semula Tapisan ×
SR SM Peribahasa

Alah Bisa Tegal Biasa

Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.

“Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi...”
SR SM Peribahasa

Alah Bisa Tegal Oleh Biasa

Segala kesukaran dan sebagainya tidak lagi terasa sesudah biasa (mengalami, melakukan, dan sebagainya sesuatu).

“Kita harus mengambil iktibar daripada maksud peribahasa 'alah bisa tegal oleh biasa' agar sentiasa berada di...”
Peribahasa

Alim Biasa Menghukum Syarak

1. Hanya orang yang berilmu sahaja boleh membuat hukum syarak.

“Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang berterusan, bak kata peribahasa, 'alim biasa menghukum syarak'.”