Kata Kiasan Bertema: Berkat

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Berkat.

Menemui 5 ungkapan Set Semula Tapisan ×
Peribahasa

Mengail Berumpan Berkata Bertipuan

Untuk mendapat sesuatu daripada orang haruslah pandai mengambil hatinya.

“Kita wajarlah mengamalkan pesanan peribahasa 'mengail berumpan berkata bertipuan' dalam mengharungi liku-liku kehidupan seharian.”
Simpulan Bahasa

Muafakat Itu Berkat

Perkara yang dilakukan secara persetujuan semua pihak akan mendatangkan kebaikan.

“Kemajuan Kampung Bahagia disebabkan penduduknya yang bersatu dan tolong-menolong kerana bagi mereka muafakat itu berkat.”
SM Simpulan Bahasa

Muafakat Membawa Berkat

Perkara yang dilakukan secara persetujuan semua pihak akan mendatangkan kebaikan.

“Kemajuan Kampung Bahagia disebabkan penduduknya yang bersatu dan tolong-menolong kerana bagi mereka muafakat membawa berkat.”