Meletakkan jawatan atau berundur dari sesuatu kumpulan.
“Dalam menghadapi perkara itu, Siti memilih untuk mengambil pendekatan 'tarik diri'.”
Individu atau orang yang rajin membaca buku.
“Hazirah dikenali sebagai ulat buku kerana sangat rajin membaca.”
Individu atau orang yang baik, di mana sekalipun akan dimuliakan juga.
“Orang yang berbudi pekerti mulia akan sentiasa disanjung walau di mana-mana berada, umpama minyak setitik, di...”
Orang lemah dalam kekuasaan orang yang berkuasa, tidak berdaya untuk melawan.
“Rakyat jelata yang tidak berdaya terpaksa akur kepada pihak berkuasa, umpama pisau di tangan kanan, timun...”
Berkaum (berkahwin dan lain-lain) elok dengan yang sama pangkat (kedudukan, taraf, dan lain-lain).
“Kita harus mengambil iktibar daripada maksud peribahasa 'yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit...”
Setiap pekerjaan perlu dilakukan dengan sempurna.
“Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang berterusan, bak kata peribahasa, 'alang-alang berminyak, biar sampai...”
Beri perhatian.
“Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami.”
1. Menyenangkan hati seseorang.
“1. Farah pandai ambil hati ibu mertuanya.”
Kalau sudah jodoh akan bertemu juga betapa pun jauhnya (jodoh itu tidak dapat ditentukan).
“Peribahasa Melayu ada menyebut, 'ikan di laut, asam di darat, bertemu juga dalam belanga', yang menggambarkan...”
Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah.
“Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-negara atas angin.”
Individu atau orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan).
“Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.”
Individu atau orang yang berjalan lambat.
“Hani selalu ditinggal oleh rakan-rakannya ketika pulang dari sekolah kerana dia berjalan bagai itik pulang petang.”
Individu atau orang yang enggan melakukan sesuatu pekerjaan.
“Sikap seseorang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan sering diibaratkan umpama kambing dihalau ke air.”
Hidup melarat dan miskin.
“Kehidupan keluarga daif itu amat mencabar, diibaratkan bagai kerakap tumbuh di batu, hidup enggan mati tak...”
Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.
“Segala nasihat Pak Uda kepada abang bagai mencurah air ke duan keladi kerana abang masih tidak...”
Sama cantik dan sama sepadan.
“Rupa paras pengantin perempuan itu sungguh jelita, seperti pinang dibelah dua.”
Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendahkan diri.
“Kita wajarlah mengamalkan pesanan peribahasa 'bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk' dalam mengharungi liku-liku kehidupan...”
Negeri-negeri di sebelah Timur.
“Kapal itu belayar ke negeri bawah angin.”
Pemalas.
“Pak Cik Hassan menasihati Amirul supaya mengikis perbuatan 'berat tulang' agar tidak merosakkan masa depannya.”
Malas berusaha.
“Ketua kampung menasihati Aishah supaya mengikis perbuatan 'berpeluk tubuh' agar tidak merosakkan masa depannya.”
Individu atau orang yang bersaudara (sekaum) itu tidak akan bercerai kerana perselisihan.
“Kita harus mengambil iktibar daripada maksud peribahasa 'carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum pula' agar sentiasa berada...”
Individu atau orang yang sama sedarjat.
“Orang tua-tua pernah berpesan, 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi', sebagai panduan berguna dalam membina keharmonian...”
Hilang fikiran yang waras kerana melihat wang yang banyak.
“Pegawai itu tidak gelap mata walaupun ditawarkan sejumlah wang yang lumayan untuk melakukan penipuan.”
Muflis.
“Dalam keadaan ekonomi negara yang gawat, perniagaannya merosot dan dia akhirnya terpaksa gulung tikar.”