Kata Kiasan Bertema: Asa

Himpunan simpulan bahasa dan peribahasa berkaitan tema Asa.

Menemui 669 ungkapan Set Semula Tapisan ×
Simpulan Bahasa

Abang Angkat

Lelaki yang telah diakui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.

“Siti mempunyai seorang abang angkat bernama Ahmad.”
Simpulan Bahasa

Abang Ipar

Suami kepada kakak sendiri, abang kepada isteri atau suami.

“Anwar ialah abang ipar Abdullah.”
Simpulan Bahasa

Abang Kandung

Abang yang seibu sebapa.

“Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.”
Simpulan Bahasa

Abang Tiri

Anak abang tiri atau ibu tiri yang umurnya lebih tua daripada kita.

“Anak lelaki isteri baru ayah menjadi abang tiri kami.”
Simpulan Bahasa

Abu Angin

Telah musnah sama sekali.

“Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Jepun.”
Simpulan Bahasa

Abu Dajal

Pengganggu.

“Selagi ada Abu Dajal di tepi jalan itu, tiada seorang gadis pun yang berani lalu di...”
Simpulan Bahasa

Abu Jahal

Individu atau orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.

“Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes...”
Simpulan Bahasa

Abu Nawas

Individu atau orang yang suka berhelah.

“Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.”
Simpulan Bahasa

Abui Mata

Individu atau orang yang pandai membuat tipu helah supaya orang lain tidak tahu perkara yang sebanarnya.

“Dua orang warga asing itu berpura-pura bersembahyang di masjid untuk mengabui mata pegawai-pegawai polis yang meronda...”
Peribahasa

Ada Air Adalah Ikan

Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.

“Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah ikan.”
Peribahasa

Ada Air, Ada Ikan

Di mana pun kita duduk, ada rezeki.

“Peribahasa Melayu ada menyebut, 'ada air, ada ikan', yang menggambarkan peri pentingnya menjaga maruah diri.”
Simpulan Bahasa

Ada Akal

Cara menyelesaikan sesuatu masalah.

“Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi ayahnya.”
Simpulan Bahasa

Ada Angin

Individu atau orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.

“Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah.”
Peribahasa

Ada Angin, Ada Pohonnya

Setiap kejadian pasti ada sebab-sebabnya (asal mulanya).

“Kita wajarlah mengamalkan pesanan peribahasa 'ada angin, ada pohonnya' dalam mengharungi liku-liku kehidupan seharian.”
Peribahasa

Ada Angin, Ada Pokoknya

Setiap kejadian pasti ada mulanya.

“Kita wajarlah mengamalkan pesanan peribahasa 'ada angin, ada pokoknya' dalam mengharungi liku-liku kehidupan seharian.”
SR Simpulan Bahasa

Ada Bakat

Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.

“Izzah ada bakat menjadi penulis novel.”
Peribahasa

Ada Bangkai, Adalah Hering

Di mana ada perempuan jahat tentu ada laki-laki yang jahat pula.

“Peribahasa 'ada bangkai, adalah hering' menjadi peringatan kepada kita supaya sentiasa berwaspada dan menjauhi perbuatan yang...”