Simpulan Bahasa & Peribahasa KPM Sekolah Rendah

Senarai kata kiasan khas silibus KSSR Bahasa Melayu (Tahun 1 hingga 6) untuk memperkayakan kosa kata karangan murid.

Menemui 13 ungkapan Set Semula Tapisan ×
SR Simpulan Bahasa

Campur Tangan

Melibatkan diri dalam urusan orang lain.

“Dalam perlawanan Piala Dunia 1962 antara Itali dan Chile, dua pemain Itali dibuang padang dan polis...”
SR Simpulan Bahasa

Cangkul Angin

Melakukan perbuatan yang sia-sia.

“Ah Lau cangkul angin sahaja kerana perniagaannya tidak membawa keuntungan.”
SR Simpulan Bahasa

Cari Fasal

Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.

“Ketua kumpulan samseng itu cari fasal dengan menendang kasut Kasim.”
SR Simpulan Bahasa

Cari Jalan

Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

“Dalam menghadapi perkara itu, Haziq memilih untuk mengambil pendekatan 'mencari jalan'.”
SR Peribahasa

Cepat Kaki, Ringan Tangan

Rajin dan giat / Sangat cekap dan suka menolong.

“Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang berterusan, bak kata peribahasa, 'cepat kaki, ringan tangan'.”
SR Simpulan Bahasa

Cepat Tangan

Individu atau orang yang suka mencuri.

“Akibat perangainya yang cepat tangan, dia ditangkap polis.”
SR Simpulan Bahasa

Cuci Mata

1. Melihat pemandangan yang cantik.

“1. Semasa bercuti di Air Terjun Lasir dapatlah kami mencuci mata melihat keindahan alam semula jadi...”
SR Simpulan Bahasa

Cuci Tangan

Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan.

“Dia cuci tangan setelah melanggar kambing kepunyaan Mutusamy.”
SR Simpulan Bahasa

Curi Tulang

Pemalas.

“Orang lain sibuk bekerja di dapur tetapi dia men'curi tulang dengan berbual-bual di serambi.”