Simpulan Bahasa & Peribahasa KPM Sekolah Rendah

Senarai kata kiasan khas silibus KSSR Bahasa Melayu (Tahun 1 hingga 6) untuk memperkayakan kosa kata karangan murid.

Menemui 75 ungkapan Set Semula Tapisan ×
SR Simpulan Bahasa

Buruk Siku

Meminta barang yang telah diberikan.

“Agus buruk siku kerana meminta semula motosikal buruk yang telah diberikan kepada adiknya.”
SR Simpulan Bahasa

Buta Huruf

Tidak tahu membaca dan menulis.

“Walaupun Ah Seng buta huruf, dia sentiasa memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran.”
SR Simpulan Bahasa

Buta Tuli

Melakukan sesuatu dengan terburu-buru tanpa berfikir terlebih dahulu.

“Dalam menghadapi perkara itu, Aishah memilih untuk mengambil pendekatan 'membuta tuli'.”