Rusa yang Bongkak
Di dalam sebuah hutan, terdapat seekor rusa yang sangat bongkak. Rusa tersebut sangat bangga melihat tanduknya yang cantik.
Setiap hari, rusa akan memuji tanduknya. βOh, sempurnanya tandukku, mahkotaku ini tiada siapa dapat menandinginya.β puji rusa sendirian.
Namun demikian, rusa selalu merungut apabila mengenangkan kakinya yang kurus. Bagi rusa kakinya tidak cantik dan tidak segagah haiwan lain.
βIsh, mengapalah kaki ku ini tidak setanding tandukku?β rungutnya.
Pada suatu hari, rusa terdengar anjing pemburu menyalak. Lantas rusa terus berlari untuk menyelamatkan diri daripada ternampak anjing.
Ketika melarikan diri, tiba-tiba tanduk rusa tersangkut pada dahan sebatang pokok yang rendah. Rusa meronta-ronta menyelamatkan tanduknya, tiba-tiba kakinya yang kurus itu menyepak kuat bahagian dahan sehinggalah tanduknya terlepas dari dahan.
Namun, tanduknya yang indah itu patah sedikit dan tidak sempurna seperti sebelumnya. Sejak daripada itu, rusa sentiasa bersyukur dengan anggota badannya dan tidak lagi memperlekehkannya.
Sentiasalah bersyukur dengan anggota badan yang dikurniakan oleh Tuhan kepada kita.
Pengajaran
Sentiasalah bersyukur dengan apa jua anggota tubuh yang dikurniakan Tuhan; apa yang kita sangka hodoh mungkin itulah penyelamat kita.
π‘ Tahukah Anda?
- Tanduk rusa jantan (*antlers*) gugur dan tumbuh semula setiap tahun, diselaputi lapisan baldu lembut berdarah semasa pembesarannya.
- Kaki rusa yang panjang dan ramping membolehkannya berlari selaju 60 hingga 80 km/j untuk melepaskan diri daripada pemangsa.
π Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
2. Bahagian manakah yang menyelamatkan rusa dan bahagian manakah yang menyusahkannya?