Bapa Katak Yang Bongkak

Bapa Katak Yang Bongkak

Pada suatu hari, ketika anak katak sedang berjalan-jalan, ia ternampak seekor haiwan yang sangat besar.

Anak katak terus berlari pulang untuk memberitahu perkara itu kepada bapanya. Bapa katak tidak percaya mengenai hal tersebut.

โ€œAhhh, tak mungkin ada haiwan yang lebih besar dan kuat seperti bapa,โ€ kata bapa katak dengan sombongnya.

SPONSORED RECOMMENDATION
Bapa Katak Yang Bongkak - Halaman 2

Bapa katak pun terus minum air dan mengembungkan perutnya lalu bertanya kepada anaknya.

โ€œAdakah haiwan itu sebesar ini?โ€tanya bapa katak.

Anak katak menggeleng kepala dan mengembungkan perutnya seperti belon. Anak katak tetap menggelengkan kepalanya.

SPONSORED RECOMMENDATION

Bapa katak tidak berpuas hati, ia terus mengembungkan lagi perutnya sehinggalah meletup. Akhirnya, bapa katak pun mati.

Jangan bersikap bongkak kelak boleh menghancurkan diri sendiri.

Pengajaran

Jangan bersikap sombong dan cuba menunjuk-nunjuk kehebatan diri secara melampau, kelak perbuatan itu akan membinasakan diri sendiri.

SPONSORED RECOMMENDATION

๐Ÿ’ก Tahukah Anda?

  • Katak menyerap air dan oksigen terus melalui kulit mereka yang nipis dan sentiasa diselaputi lendir pelindung.
  • Katak boleh melompat sejauh 20 kali ganda panjang tubuh badan mereka sendiri.

๐Ÿ“š Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Kisah fabel klasik tentang bapa katak yang cuba mengembungkan perutnya sebesar lembu, mengajar anak-anak batas kemampuan diri dan bahaya sikap riyak.
1. Mengapakah bapa katak berkeras mahu membesarkan perutnya?
2. Mengapakah kita tidak perlu membandingkan saiz atau kelebihan diri dengan orang lain?
Lipat kertas origami katak melompat dan adakan pertandingan lompat katak kertas di ruang tamu.